Monday, April 20, 2009

7. UCAPAN PENGARAH

Salam Sejahtera.

Syabas dan tahniah kepada semua siswa –siswa kumpulan 70 kerana berjaya membuat perancangan yang baik, tersusun dan seterusnya berjaya menerbitkan laman blog alumni yang mana menerusi blog ini sangat banyak faedah yang boleh anda perolihi terutama info2 terkini dari penyelaras / kolej boleh dimuatkan dalam ruangan ini dari semasa ke semasa. Saya yakin dengan adanya laman blog ini, setiap ahli kumpulan tidak akan terputus hubungan walau dimana ahli berada. Setelah hampir 3 tahun anda menjalani latihan teori dan Amali di Kolej ini, sudah tentu banyak kenangan manis dan cabaran yang dilalui sepanjang tempoh tersebut. Cabaran adalah adat resam kehidupan didunia yang jika berjaya kita dilalui, semangkin kukuhlah perjuangan itu dan semakin tidak gentarlah kita menghadapi cabaran seterusnya. Dalam menjalani dunia tanpa sempadan yang bersaing sengit serta mencabar, siswa-siswa mestilah melengkapkan diri dari segala aspek kehidupan terkini agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap masyarakat.Kejayaan akademik semata-mata tidak berapa lengkap jika tidak disertai dengan keterampilan semangat jati diri yang tinggi. Parasiswa diingatkan ambillah sikap proaktif, tingkatkan pencapaian dalam apa-apa bidang yang berkaitan dengan tujuan dapat meneguhkan daya inovatif serta kreatif untuk membolehkan anda cemerlang dalam ledakan daya saing pada zaman ini.

Justru itu bagi mencapai hasrat tersebut budaya pembelajaran yang berterusan “ Life Long Learning “ wajar dihayati dan terus diamalkan dikalangan anda sebagai bakal anggota Kementerian Kesihatan. Kementerian menyedari betapa pentingnya melengkapkan ilmu kepada siswa-siswi sebelum mereka didedahkan sebagai penjawat awam. Sehubungan dengan itu hari ini anda semua telah didedahkan dengan kursus wajib seperti Kursus Induksi, Kursus Kenegaraan, Soft Skill, Budaya Koprat dan lain-lain lagi. Melalui kursus ini anda didedahkan dengan beberapa tajuk yang merangkumi aspek Sejarah , Pentadbiran, PKPA, Arahan Perbendaharaan , Perintah AM, Motivasi dan juga Kemahiran2 Komunikasi Berkesan. Semua ini akan dapat digunakan sebagai bekalan untuk anda semasa berkhidmat sejajar dengan seruan Perdana Menteri kita iaitu Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Jadi dengan adanya kursus tersebut, ia nya dapat menjana siswa-siswa menjadi insan yang mulia dan berkualiti, bukan saja dari aspak ilmu pengetahuan, Kemahiran tetapi juga dari sikap yang positif. Perlu Anda sedari bahawa anda adalah merupakan aset utama negara, serta modal insan yang memikul tanggungjawab besar dalam menjayakan misi Kementerian Kesihatan khususnya, dan misi Negara am nya. Dengan itu anda haruslah sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan jati diri dalam pembangunan modal insan yang berkualiti serta diseimbangi dengan Nilai-Nilai Murni. Semoga anda semua akan menjadi seorang anggota KKM yang komited dalam menjalankan tugas terhadap masyarakat.

Di kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua ahli kumpulan 70, kerana telah berjaya 100% semasa menduduki peperiksaan akhir semester sejak dari T1SI, T1SII, T2SI, T2SII, dan T3SI dan harapan saya semoga peperiksaan terakhir T3SII yang akan anda duduki pada bulan October 2009 anda akan dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini.

Selamat Maju Jaya Dalam Perjuangan Anda.

Sekian , terima kasih.
En. Yong Kok Keng
Pengarah,
Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

No comments: