Sunday, April 26, 2009

4. UCAPAN PENYELARAS

Assalamualaikum WM.WB dan salam sejahtera.

Saya memanjangkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. atas segala Rahmat dan Hidayah yang diberikan kepada semua warga dan siswa kolej . Dikesempatan ini Saya mengucapkan terimakasih kepada Pengarah Kolej kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Penyelaras kepada Siswa Kumpulan 70 ambilan january 2007. Kepada semua siswa yang telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus Diploma Pembantu Perubatan di Kolej ini saya ucapkan setinggi-tinggi Tahniah.

Harapan saya agar peluang yang diperolihi ini tidak dipersia-siakan dan selepas tiga tahun anda menjalani latihan diKolej ini, anda akan mempamirkan diri sebagai Pen. Pegawai Perubatan yang Berkaliber, Professional serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh Kualiti serta menyumbang perkhidmatan yang Cemerlang dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selaku Penyelaras Kumpulan, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Anggota Kolej, Majlis Tertinggi Pelatih serta semua yang terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan semua Program sejak dari minggu orientasi hingga lah selesai Latihan Diploma Pen. Pegawai Perubatan di Kolej ini.

Sekian terima kasih.
Penyelaras,
K.70,
Kolej Pembantu PerubatanSeremban.

No comments:

Post a Comment