Monday, April 20, 2009

6. UCAPAN TIM. PENGARAH

Salam Sejahtera.
Syabas dan tahniah kepada Siswa Kumpulan 70, kerana telah berjaya menerbitkan Laman Blog sendiri. Setelah hampir 3 tahun anda menjalani latihan teori dan amali di Kolej Pembantu Perubatan Seremban, sudah tentu banyak kenangan manis dan cabaran yang dilalui sepanjang tempoh tersebut. Cabaran adalah resam hidup dunia yang jika berjaya dilalui semangkin kukuhlah perjuangan itu dan semakin tidak gentar menghadapi cabaran seterusnya. Dalam menjalani dunia tanpa sempadan yang bersaing sengit, siswa-siswa mestilah melengkapkan diri dari segala aspek hidup terkini. Kejayaan akademik semata-mata tidak berapa lengkap jika tidak disertai dengan keterampilan semangat jati diri yang tinggi. Jesteru itu, siswa-siswa diingatkan ambillah sikap proaktif tingkatkan pencapaian dalam berbagai bidang seperti Pos Basik, Ijazah, Master dan teguhkan daya inovatif serta kreatif untuk membolehkan anda cemerlang dalam ledakan daya saing masa kini. Terima Kasih
Selamat Maju Jaya Dalam Perjuangan Anda.
En. Mohanan K. Nair,
Timbalan Pengarah ( HEP )
Kolej Pembantu Perubatan Seremban,
Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment