Sunday, April 26, 2009

5. UCAPAN KETUA PROGRAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadarat Allah S.W.T. diatas limpah kurnianya kita masih dapat menjalani tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna sehingga kini. Ucapan terima kasih kepada Siswa Kumpulan 70 dibawah bimbingan Penyelaras kerana memberikan saya ruang mengucapkan sepatah dua menerusi Laman Blog ALUMNI ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Jawatan Kuasa Siswa K70, diatas kejayaan menerbit kan laman Blog ini dan saya yakin dengan adanya laman Blog ini hubungan diantara siswa tidak akan terputus sampai bila-bila baik semasa menjadi siswa ataupun setelah menjadi graduan dan telah ditempatkan di mana-mana Klinik/Hospital di Malaysia. Melalui Blog ini siswa akan sentiasa mengetahui perkembangan rakan seperjuangan dari semasa ke semasa.
Sekali lagi saya merakamkan ucapan Tahniah kepada semua Siswa K70 di bawah bimbingan Penyelaras K70, kerana dengan daya usaha dan idea kreatif , telah berjaya menerbitkan Laman Blog Sendiri.

Kepada semua siswa, semoga maju jaya dalam semua lapangan.

Terima Kasih.

En.Tamby Subyr Hj. Mohd Meeran
Ketua Program Basik
KPPS

No comments:

Post a Comment